Masa dan Kenangan

Gambar cantik, Rakam, Cetak, Simpan, arzmohdhaniffa photography, kids, bath time
| arzmohdhaniffa photography | Rakam. Cetak. Simpan
Salam. Semoga pembaca blog saya sihat selalu. Amin.

Saya teringat kata-kata beracun dari seorang jurufoto yang berpengalaman. Berpengalaman dalam mengambil gambar yang bakal menjadi sejarah untuk negara. Tidak jemu mendendangkan ayat yang sama. Beliau juga seorang yang antara jurufoto yang terlibat ke Ukraine selepas tragedi MH17. 
Siapa? Biarlah rahsia dulu. Ada masa saya ceritakan kelak. Mungkin juga ada yang sudah mengenalinya.

Saya juga banyak dapat tips dan ilmu dari blog dan facebook beliau.
Ayat yang tidak jemu disebut. adalah rakam cetak dan simpan untuk hari akan datang.
Mungkin sehari, setahun tidak menjadi istimewa. Tetapi selepas 10 tahun ia bakal menjadi sesuatu yang istimewa. Seperti gambar saya di dalam entry  Wordless Wednesday #5 -detik indah dan Wordless Wednesday #4 - pentingkah merakam gambar? 

Tahun 80-90an


Teringat lagi saya ketika membelek album lama yang hampir hilang dek dimakan album sendiri. Suatu masa dulu pasti ada gambar anak-anak sedang mandi dalam keadaan bogel. Gambar saya sendiri tidak terkecuali. Sehingga hari ini saya pun masih belum faham kenapa gambar bogel ketika mandi?. Tetapi dapat rasakan sesuatu yang manis bila tengok semula gambar tersebut.

Pembaca blog saya masih ada gambar seperti yang saya maksudkan?

Kalau masih ada bagus. Ambil jalan terbaik dengan scan dan simpan elok-elok didalam external hardisk atau di tempat yang lain yang lebih selamat. Ianya sangat indah bila tengok bersama-sama keluarga. Ini juga antara cara menghasilkan kebahagiaan dalam keluarga.

Almira Faqihah


Jika suatu masa dulu sebelum ada berbagai teknologi dan kemudahan, banyak gambar saya dirakam oleh Arwah Abah saya. Apakah setelah hari ini dengan kebanjiran teknologi saya biarkan waktu yang berlalu begitu saja? Sudah tentu tidak. Almira Faqihah, Cahaya mata pertama saya ketika ini, Saya cuba sehabis baik dan sebanyak mungkin menyimpan gambar dari kecil sehingga hari ini. Ianya pasti menjadi sesuatu yang berharga buatnya bila dewasa kelak.

Almira, Faqihah, Kids, Bath Time, Gambar Cantik, arzmohdhaniffa photography, arzmoha.com
| arzmohdhaniffa photography | Senyuman ketika mandi
Senyum lebar bila dapat main air. Dari kecil saya dididik supaya tidak takut air, ari sejuk, air panas, air sungai mahupun air laut. Jadi saya juga cuba mendidik supaya suka akan air bukan takut air. Ada masa saya biarkan Almira berendam, ada masa saya mandikan saja (jika ada hal tertentu). Walaubagaimanapun jangan biarkan anak-anak yang berendam ini terlepas dari pandangan mata. Sudah bermacam-macam berita yang kita dengar. Sentiasa alert. Kalau boleh temani mereka. :)

Masa & Kenangan


Masa dan kenangan memang berkait rapat. Macam persamaan matematik. cth 2x = y. bila ada perubahan di X maka akan ada perubahan di Y. Kesimpulannya. Semakin masa berlalu semakin tinggi nilai gambar itu. "Trust me i'm photographer"


Setakat ini saja dulu entry ini. Insyaallah ada masa saya kongsikan lagi.
Jumpa Lagi

{ 28 comments.. read them below or add one }

Jari Manis Jari Manis 4 Sep 2014, 17:49:00
jika ada masa terluang cuba bawak almira pegi mandi kolam..ajar dia berenang..mula2 guna pelampung dulu..pastu lama2 pandai lah...baik utk kesihatan :-)

ye betul..sesuatu kejadian itu perlu di rakam sebg kenangan..nanti Almira dh besar mesti dia suka bila aga gambar kenangan time kecik2 dulu..akan buat beliau tersenyum dan bersyukur mempunyai ayah seorang photographer
Anizz Annisa Anizz Annisa 4 Sep 2014, 18:29:00
cantiknye gambar.. gambar mase kecik2 xbanyak tapi gambar yang arz maksud tu ade jugak..hihi... setiap gambar ade cerita.. macam arz tulis dlm entry2 lepas.. :)
anajingga anajingga 4 Sep 2014, 20:13:00
betul sangat aRz: gambar2 lama sangat berharga apabila semakin dimamah masa,zaman kak ana dahulu memang payah nak bergambar sebab tak ramai yg ada kamera,lepas tu kena pi hantar cuci kat kedai,ada yang jadi ada yang tak sempurna..paling kak ana sayang gambar kenangan di zaman persekolahan,masih simpan hingga hari ini.. :)
Sal Bee Yah Sal Bee Yah 4 Sep 2014, 22:00:00
Saya still simpan gamba lama2 sebab ayah dulu zaman muda kaki photography. Bila tengok gambar lama2 senyum sorang - sorang
aRz MoHa aRz MoHa 4 Sep 2014, 23:26:00
mmm baru ni ada bawak gi mandi laut. tapi letak atas pelampung dulu. bagi biasa dengan ombak
aRz MoHa aRz MoHa 4 Sep 2014, 23:27:00
Kenangan tu. simpan baik-baik
aRz MoHa aRz MoHa 5 Sep 2014, 00:40:00
betul kak ana. saya juga sempat rasa zaman filem. Beli kodak penuh tapi hanya berapa keping gambar ja jadi huhu. Itu cabaran dulu
aRz MoHa aRz MoHa 5 Sep 2014, 00:42:00
betul. Seronok bila tengok semula gambar gambar lama
irrayyan irrayyan 5 Sep 2014, 08:53:00
mak abah orang susah. tak ada kamera. kalau nak ada pon terselit2 bersama sepupu2 dalam album pakcik. tapi tak pernah lagi jumpa gambar masa baby.
irrayyan irrayyan 5 Sep 2014, 08:54:00
ok la tu anis, ada jugak
aRz MoHa aRz MoHa 5 Sep 2014, 11:26:00
Tak mengapa...Kita cuba buat yang terbaik pula untuk anak-anak kita :)
Scha Nazri Scha Nazri 5 Sep 2014, 19:14:00
Cantik sangat gambar. Yeapp. Klik selagi boleh. Kenangan 20 tahun akan dtg :)
aswa leyla aswa leyla 5 Sep 2014, 21:53:00
yes,sokong sngt . sebab gambar je kite boleh simpan sbg kenangan boleh trowback . sebb mase tak mungkin berpatah balik
Amy J Amy J 6 Sep 2014, 07:20:00
bila belek gambar lama je, baru teringat kenangan lama. boleh bawa sembang2 dengan family.

sedap nama anak abang arz moha, almira. ^^,

fasi saya pernah cakap. jadikan tanah sebagai teman dan jadikan laut sebagai sahabat. kalau kita tak takut dengan air, air takkan apa-apakan kita. haha.
aRz MoHa aRz MoHa 6 Sep 2014, 10:58:00
Haha. Saya pernah lemas dipukul ombak masa 6 tahun. Lepas dari tu baru tahu berenang. Sejak tu tak takut air dah.
Arol Mubin Arol Mubin 6 Sep 2014, 11:28:00
Gambar Arol masa kecik tak banyak rasanya. Start sekolah rendah baru banyak gambar Arol dengan macam2 pose ala model. Sampai sekarang kakak2 Arol selalu cerita pasal gambar2 Arol. Memang gelak besar bila teringat! Kenangan masa kecik gila bergambar. :D

Sejak dah ada kamera digital, rakam dan simpan jek. Dah jarang cetak.
aRz MoHa aRz MoHa 6 Sep 2014, 12:12:00
Gambar masa kecik ni banyakkenangan. Time tu boleh tengok masa gigi tak ada hahaa
Ada masa nak review gambar lama.

Simpan saja bahaya. boleh hilang boleh dimakan virus. Alat penyimpan rosak dan sebagainya.
Nor Ariffin Hamzah Nor Ariffin Hamzah 7 Sep 2014, 15:51:00
CP banyak simpan gambar-gambar lama..kalau free suka layan sambil senyum sorang-sorang hehe
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz 8 Sep 2014, 21:09:00
Betul kata Arz..tiap gambar ada cerita ..Kak Lya punya gambar masa kecik dulu dah takder dahh sebab musnah kerana banjir masa kecik2 dulu..Tapi gambar anak2 Kak Lya simpan hingga ke hari ini ..Alhamdulillah tiap kali tengok gambar terutama masa kelahiran diaoarang ..tersa alangkah indahnya saat itu ....Tiap gambar ada cerita tiap gambar ada kenangannya...
Cik Itah@RRP Cik Itah@RRP 10 Sep 2014, 13:48:00
salam. kenangan sememangnya terlalu indah untuk dilupakan.. :)
aRz MoHa aRz MoHa 11 Sep 2014, 06:57:00
owh betul. saya pun. terima pula zaman kanak-kanak yang sungguh bermacam ragam
aRz MoHa aRz MoHa 11 Sep 2014, 06:58:00
owh. tak apa kak apa nak buat.
Tetapi ketika saya dilahirkan beberapa hari rumah tok saya dilanda banjir. Abah sempat selamatkan semua barang yg penting
Nurashikin ZA a.k.a NAZECK Nurashikin ZA a.k.a NAZECK 11 Sep 2014, 15:10:00
Kalau tangan cameraman yang snap gambar, lepas tu edit..mesti cantik n mengancam.
Tangan seni..
nur as nur as 18 Sep 2014, 18:37:00
Rakam. Cetak. Simpan.
Best jadi photographer!
Teringin! Tapi takde bakat.
Eny Abdullah Eny Abdullah 16 Jun 2015, 00:52:00
photographer is someone who froze the moment into photos..

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih