Liebster Award tagged by FAMF Tower




Salam. Liebster Award. Tag by FAMF Tower.
Sebenarnya dah lama kena tag. Tapi tak sempat nak buat. Hari ini baru sempat siapkan.
Siap bersyarat. Syaratnya rasa pecah kepala nak menjawab.


Syarat-syaratnya adalah 
Mention the person who nominated you with a link to their blog
Answer the 11 questions asked
Nominate 11 other blogger with a smaller following but with lots of potential
Create 11 of your own questions for them to answer.
Notify your Nominate

Jawapan kepada soalan FAMF Tower

1. Satu tarikan utama pada blog anda
- Gambar yang cantik (perasan tak sudah)

2. 1 karakter kartun kegemaran.
- Kurosaki Ichigo

Ini adalah watak utama dalam kartun bertajuk BLEACH diterbitkan dalam edisi komik serta animasi.
Suka karakter ini adalah disebabkan sifatnya yang tidak kenal erti mengalah


google image : Kurosaki Ichigo
3. 1 buku yang berjaya memotivasikan anda
- Jangan Berhenti Berlari
Sebenarnya banyak lagi buku tetapi buku ini yang sedang saya baca sekarang

google image 
4. 2 entri tahun ini yang menjadi kegemaran

5. 2 orang yang akan anda cari bila perlukan 'teman bicara'
- Isteri saya dan Kawan sekolah (kawan paling rapat)

6. 2 pulau yang ingin anda lawati
- Pulau Redang
- Pulau Mabul, Sabah

7. 3 elemen penting dalam blog anda yang paling anda titikberatkan
- Kualiti gambar
- Penulisan
- Komen dari pembaca blog

8. 3 perkara yang membuatkan anda ingin terus berblogging
- Rakan blogger
Kagum dengan sikap rakan blogger yang saling membantu dan memberikan semangat.
- Berkongsi gambar (dari tersimpan dalam 'cakera keras')
- Minat

9. 3 perkara yang anda buat pada masa lapang
- Luangkan masa dengan Cik Puteri
- Bersukan
- Membaca buku

10. 3 perkara yang buat anda tertekan
- Gambar yang dirakam hilang
- Blackberry 'hang'
- Orang tengok saya buat kerja atau menaip entri

11. 5 perkataan yang menggambarkan diri anda secara ringkas
Simple Aktif Pemalu Peramah Bertanggungjawab

Soalan Saya untuk mereka yang di'tag'

1. Apa yang membuatkan anda 'update' entry terbaru?
2. Apakah Filem (movie) yang paling anda minati?
3. Bila waktu yang paling anda suka berblogging (pagi, petang , malam)?
4. Apakah tujuan jangka panjang anda berblogging?
5. Apa yang anda buat bila tidak ada idea untuk update entry terbaru?
6. Apakah blog saya cepat untuk loading?
7. Bila dalam kesukaran siapa yang paling anda ingat ketika itu ?
8. Apakah anda pernah menghargai mereka dengan buat entry mengenai mereka? Jika ada sertakan link
9. Apakah status anda? (pelajar, bekerja)?
10. Adakah anda menyimpan gambar ketika kecil?
11. Apakah pengalaman paling teruk yang pernah anda hadapi masa kanak-kanak?

Saya tag:
Amy J
Yun Sing
Hidayu Ayumie
TunSha
Sobri Yaacob
Montana
Ana Jingga
Etuza
Anies
Arol
EkjozBuluh

Tiada paksaan kalau rajin jawablah :)
Jumpa Lagi

perghhh baru siap entry ini.

{ 43 comments.. read them below or add one }

Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz 12 Oct 2014, 18:43:00
Ter baikk..Pulau Mabul bestnyerr
hidayu ayumie hidayu ayumie 12 Oct 2014, 22:48:00
alamakkk kene tag...
tq arm...
tapi harap maklumla kalau terperap lame ye..
mmg payah nak jwb soalan2 cmni
Etuza Etuza Etuza Etuza 12 Oct 2014, 23:37:00
Asalamualaikum ya..bersabar tadi loading very late..Etuza tunggu ja, sebab nampak makluman kena tag, tag apa baru Etuza tahu ..ini rupanya..ok sahut cabaran..insha allah..
CT Humairah CT Humairah 13 Oct 2014, 00:36:00
uuuuish kalo gambar hilang memang stress laaa hai.. faham faham.
plus yes.. sangat stress kalau orang dok pasang mata tengok kita buat kerja..
isk tak selesanya rasa..

mailaah jalan jalan sini :D
Siti Yang Menaip
TunSha Ayunie TunSha Ayunie 13 Oct 2014, 02:24:00
hahahha sokong ct, kalau gambar hilang memang stresssss sangat... bengang yang melampau2.... digital ni bermasalah jugak sebenarnya... hiks

thx bro arz sebab tag :)
anajingga anajingga 13 Oct 2014, 08:48:00
amboi aRz: tag kak ana ye..terima kasih nnt kak ana cuba respon ye, Insyaa Allah..jawaban no 1 memang betullah tarikan pertama kak ana ke sini ialah foto2 cantik dari aRz..huhu :)
aRz MoHa aRz MoHa 13 Oct 2014, 11:03:00
Jangan marah ya kak Ana. tiada paksaan pun. tak buat pun tak apa...

Kalau betullah itu tarikannya terima kasih kak ana
Farrah MF Farrah MF 13 Oct 2014, 11:22:00
Heheh memang stress! Tapi itulah yg kerap berlaku pada akak. Tangan ni pintarrr sangat. Tau2,..aikk gambar hilang?!
Farrah MF Farrah MF 13 Oct 2014, 11:26:00
Thanks, aRz sebab sudi jawab.
Tertarik baca perkara yang buat aRz tertekan tu - Orang tengok saya buat kerja atau menaip entri
Heheh rimaskan,..jadi serba tak kena dibuatnya :)
Nor Ariffin Hamzah Nor Ariffin Hamzah 13 Oct 2014, 11:53:00
Pulau Mabul. Best tu jom next year gi sana. CP dah plan nak gi sana
Sentiasa Panas Sentiasa Panas 13 Oct 2014, 11:58:00
Teringin nak lawat Pulau Sipadan..:)
Jari Manis Jari Manis 13 Oct 2014, 15:19:00
pergh...suka baca buku tu...bagus leh dapat byk ilmu..sis JM ni kalau lapang ngadap blog je seharian x mkn pun x kesah ahahah

psst : nasib baik x kena TAG ahahahaah
aRz MoHa aRz MoHa 13 Oct 2014, 15:48:00
Itulah tengok kawan-kawan nak pergi memang cantik
aRz MoHa aRz MoHa 13 Oct 2014, 15:56:00
pelan-pelan ya...apappun wajah baru blog terbaik
aRz MoHa aRz MoHa 13 Oct 2014, 15:57:00
Saya pun terjadi jugak...entah macam mana boleh hilang sedangkan buat back up bagai.
aRz MoHa aRz MoHa 13 Oct 2014, 16:01:00
betul...jadi kena cepat-cepat print
Anizz Annisa Anizz Annisa 13 Oct 2014, 18:11:00
kalau gambar hilang memang ting tong jap..hahah... anis pun suka baca buku.. lagi2 novel..hahah... mabul island best... bile la dapat pegi..huhu
Khai♥Rin : anies Khai♥Rin : anies 13 Oct 2014, 19:55:00
insya allah akn jwb tp x tau bla akn publish... smpn dlm draft je ;-)
Scha Nazri Scha Nazri 13 Oct 2014, 23:53:00
saya pun tak boleh orang tengok saya menulis entry. segann. ahha
aRz MoHa aRz MoHa 14 Oct 2014, 08:34:00
batul. segan dan rasa macam tak reti nak taip apa
aRz MoHa aRz MoHa 14 Oct 2014, 08:35:00
Pulau Sipadan cantik jugak
aRz MoHa aRz MoHa 14 Oct 2014, 08:35:00
hehhe...lain kali nak tag JM
aRz MoHa aRz MoHa 14 Oct 2014, 08:37:00
saya suka jugak novel...tapi novel islamik
aRz MoHa aRz MoHa 14 Oct 2014, 08:37:00
pelan-pelan ya...saya pun jawab lambat juga
aRz MoHa aRz MoHa 14 Oct 2014, 08:38:00
insyaallah...belum ada apa-apa peancangan nak bercuti lagi tahun depan
aRz MoHa aRz MoHa 14 Oct 2014, 08:39:00
betul kak farrah...rasa segala idea yang mencurah-curah tiba-tiba hilang
Hikayat Seorang Budak Hikayat Seorang Budak 14 Oct 2014, 10:54:00
dr. zaharuddin @ UZAR memang best. suka baca tulisan beliau lebih2 lagi kalau berkaitan muamalat.
Amy J Amy J 14 Oct 2014, 12:16:00
alamak, nama saya ada.. mekasih tag! hehe..

1. gambar abang Arz amek memang cantik pun. x dinafikan.

kalau xde orang puji, siapa lagi nak puji hasil usaha kita sendiri kan? hehe.

2. banyak2 anime, saya pun suka Bleach! dengan detective conan. hahaha.lain x suka

3. pulau mabul memang best ke?banyak kali gak dengar.
Amy J Amy J 14 Oct 2014, 13:15:00
saya dah buat ^^,

http://amysigadisweird.blogspot.com/2014/10/liebster-award-13-abang-arz-moha.html
aRz MoHa aRz MoHa 14 Oct 2014, 14:08:00
terima kasih atas pujian yang ikhlas :P

bleach memang gila sampai tak tidur malam...masa belum kahwin la
Pulau Mabul...boleh pengsan....bangun...pengsan semula
aRz MoHa aRz MoHa 14 Oct 2014, 14:12:00
Nanti saya terjah terima kasih Amy J
Eshamz Halim Eshamz Halim 15 Oct 2014, 07:29:00
Sama lah kita.. redang dan mabul antara wishlist aku... :D
hidayu ayumie hidayu ayumie 17 Oct 2014, 09:55:00
Hehehe terima kasih arz..
Ayu done jawab soalan arz tau
http://hidayuayumie.blogspot.com/2014/10/libster-award-by-arzmoha.html?m=1
Nurashikin ZA a.k.a NAZECK Nurashikin ZA a.k.a NAZECK 21 Oct 2014, 13:34:00
Apa yang perasannya?
Betullah gambar2 kat blog arz moha mmg cantik.
Sentuhan seni photographer gituu..
aRz MoHa aRz MoHa 23 Oct 2014, 12:10:00
semoga dapat sampai ke pulau mabul...bleh tengok gambar pulau mabul
mama 3farhanah mama 3farhanah 28 Oct 2014, 21:52:00
Memang gambar-gambar dalam ni semuanya cantik-cantik.
Saya pun takleh buat kerja kalau orang duk tengok...stress rasanya.
aRz MoHa aRz MoHa 29 Oct 2014, 11:43:00
ramai yang tak boleh orang tengok kita buat keja kan?
Farrah MF Farrah MF 30 Oct 2014, 10:01:00
Memang! Memang! Daripada boleh buat kerja dengan elok, huru-hara jadinya!

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih