Filem Leftenan Adnan

Leftenan Adnan, Abdul Latip Talib, PTS, arzmoha.com
Leftenan Adnan - Karya Abdul Latip Talib
sumber gambar google image


Salam. Leftenan Adnan. Wira Askar Melayu.
Sebelum itu mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat semua pahlawan kita yang telah syahid mempertahankan tanah air dari dijajah dan dirosakkan.

Leftenan Adnan, Perwira, perjuang Negara, Pahalawan
google image : Leftenan Adnan

Malaysia baru sahaja menyambut Kemerdekaan yang ke-57. Dengan tema Disini lahirnya sebuah cinta.
Mana datangnya cinta seandainya tidak kenal perajurit atau pahlawan kita yang gugur syahid di medan perang. 
Bukankah ramai lagi pahlawan negara tapi kenapa Leftenan Adnan. Ya. Ramai pahlawan negara. Cumanya difilemkan tidak banyak. Dengan filem lain rasanya berbanding membaca. Dengan menonton filem ia membuat kita melihat dan memahami lebih jelas keadaan ketika itu. Cumanya Filem Leftenan Adnan jarang dimainkan di televisyen berbanding Sarjan Hasan lakonan Arwahyarham Tan Sri P.Ramlee, Bukit Kepong lakonan Dato, Jins Samsudin, Yusof Haslam dan ramai lagi.

Setiap kali menghampiri hari kemerdekaan kerap kali filem ini dimainkan tetapi jarang filem Leftenan Adnan dimainkan. Sebab itu menjadi tajuk entry saya kali ini.
Hampir saya terlupa untuk ceritakan Filem Leftenan Adnan di lakonkan oleh Hairie Othman. Watak yang dimainkan sangat hidup dan berkesan ketika saya menonton filem ini.
Didalam filem ini juga menceritakan bagaimana semangat Leftenan Adnan ketika menghadapi musuh, sehingga musuh merasa gerun seandainya ada lebih pahlawan seperti Leftenan Adnan.

Selain filem Kisah Leftenan Adnan juga di novelkan oleh Abdul Latip Talib keluaran PTS.
Penulis ini cukup terkenal dalam mengarang novel Sejarah Islam.

Leftenan Adnan, Pejuang Negara, Adnan Saidi, arzmoha.com
google image : Arwah Leftenan Adnan

Siapa Leftenan Adnan sebenarnya. Insyaallah saya ceritakan dilain entry. Kali ini saya ingin berkongsi link Filem Leftenan Adnan buat tatapan semua. Ianya mampu menaikkan semangat rakyat Malaysia supaya mencintai negara.

Dizaman Leftenan Adnan berperang dengan peluru dan bom, kita hari ini berperang dengan senjata yang lebih hebat iaitu FITNAH. Sama-sama kita mendekatkan diri kepada Allah moga dipelihara dari fitnah yang mampu menghancurkan negara.

Apa ertinya merdeka jika tidak mengenal pahlawan yang pernah gugur mempertahankan tanah air tercinta.
Saya suka akan kata-kata didalam Filem ini

"jangan kita korbankan seorang tentera yang sedang dibakar dengan api kemarahan,
Jika ada 10 lagi tentera seperti dia, pihak jepun perlukan 10 lagi divisyen untuk menakluk Malaya"

Hebatnya semangat pahlawan kita terdahulu.

Disebabkan jarang dimainkan di kaca tv, saya mencari di youtube dan terjumpa perkongsian filem ini. Bagi yang mencari filem ini saya sertakan link Filem Leftenan Adnan untuk tatapan anda semua.

Leftenan Adnan Part 9

Jumpa Lagi.


Comments

  1. Assalammualaikum...arzmoha,

    terima kasih perkongsian leftenan adnan nie... pahlawan yang sanggup mempertahankan tanah air sehingga titisan darah terakhir.. pahlawan yang sukar dicari ganti.. mselim3 pernah menonton filem leftenan adnan nie... menyentuh hati dan sendu dihati.. pertahankan tanahair kita walaupun nyawa sebagai galang gantinya...

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar Mselim. Ternanti-nanti filem ini. akhirnya mencari di youtube la jawabnya

      Delete
  2. Filem ini leftenan Adnan boleh dikatakan yang terbaik masa itu.

    ReplyDelete
  3. Filem yang patut ditonton oleh remaja sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar CP. Filem sekarang yang dipenuhi dengan aksi di kelab malam, samseng, dedah aurat, kepincangan keluarga. Sebaiknya filem seperti ini ditayangkan.

      Delete
  4. filem nie memang terbaik.. anis suke jalan cerita dye.. dan filem nie paling diingati sebab adnan same name ayah anis..hihi

    ReplyDelete
  5. kdg2 sy terfikir...adakah krn perbezaan politik menyebabkan filem ini diketepikan...seharusnya ia tak berlaku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekiranya perbezaan politik itu berlaku antara pelakon bukan watak sebenar iaitu Adnan bin Saidi. Jiwa seperti Leftenan Adnan sepatutnya dicontohi anak-anak muda sekarang

      Delete
  6. Suka jugak filem ni ..Betul tu Arz kenapa filem ni tak ditayangkan masa Merdeka ..huhuhuhu

    ReplyDelete
  7. Hensem jgk leftenan adnan nih

    ReplyDelete
  8. salam. jarang da ditanyakan filem ni..selalunya sarjan hassan ja..

    ReplyDelete
  9. filem.leftenan adnan memg best

    ReplyDelete
  10. Perwira bangsa yang tak boleh dilupa.
    Budak sekarang entah tau ke tak.
    Kecik2 pun dah asik gadget, game, cintan peluk cium macam suami-isteri kat laman sosial.

    ReplyDelete
  11. Memang respect dengan Leftenan Adnan ni. Memang berbaloi tonton filem mengenai beliau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan respect saja. tapi biarkan yang lain tahu tentang siapa leftenan adnan dan jasa serta pengorbanan nya

      Delete
  12. dah ngantok pulak, len kali sambung baca..baru baca perkataan leftenan adnan je hahaha

    ReplyDelete
  13. Nice sharing :) Lepas PT3 nak tengok ^^

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih