Berehat Seketika

Almira, Faqihah, kids, girl, anak perempuan, black and white, arzmoha, gambar cantik
| arzmohdhaniffa photography | Kids Potraiture

Salam
Pembaca blog yang setia. Semoga sihat selalu.

Baru rank alexa blog cuba menurun nak berehat pula? Tidak, bukan blog yang akan berehat. Tetapi tuan blog sendiri. Bukan berehat dari 'update' entri terbaru, tetapi berehat dari bersukan seketika.


Sebelum itu, ofis saya boleh dikatakan agak aktif dengan sukan. Memang cool, setiap hari ada saja yang bermain badminton dan futsal pula hanya pada hari-hari tertentu. Apa yang saya maksudkan berehat seketika adalah berehat dari bermain badminton. Pergelangan tangan terasa sakit dan semakin sakit bila mengangkat beban. Jadi kena disiplin untuk berehat seketika buat seminggu dua.

Walaubagaimanapun masih terikat dengan tournament futsal yang dianjurkan oleh rakan-rakan ofis untuk mengeratkan siratulrahim antara staf. Yang penting dapat keluarkan peluh.

Hari ini ramai yang tidak ambil peduli untuk aktiviti keluarkan peluh. Ada yang mengatakan "saya dah buat kerja rumah tak perlu bersukan" ada yang kata " saya kerja di site, memang dah berpeluh" Memang ada aktiviti keluar peluh tetapi tidak sama dengan mengadakan aktiviti bersukan. Dimana dapat keluarkan peluh, menambahkan stamina, dapat merehatkan minda, menghilangkan stress serta banyak lagi.

Ingat kesihatan kena dijaga, jangan sampai dah ada penyakit baru nak buat itu nak buat ini. Masa tu dah tak berguna lagi.

Pesanan ikhlas dari arzmoha
Jumpa Lagi

p/s: Gambar sekadar hiasan | Cik Puteri ketika 1 tahun 2 bulan |



almira, faqihah, kids, girl, my daughter, belum, arzmoha, gambar cantik
| arzmohdhaniffa photography | My Daughter



Comments

  1. aloololo...tomei sangat budak kecik tu ^^,

    oh, ingatkan nak berehat lagi. haha... saya kalau ada sukan kat mana-mana, saya orang first lari dulu. x mnat langsung sukan. badminton je saya terima -.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok lah tu badminton pun dah boleh pecah peluh

      Delete
  2. Comel sungguh .... :))

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. susah jugak nak buatkan budak-budak duduk diam dan senyum

      Delete
  4. Replies
    1. waktu pagi seawal jam 7 pagi memang cantik.

      Delete
  5. Tak payah berehat, kurangkan je..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sakit tak boleh main langsung. memang kena berehat betul

      Delete
  6. comelnya..CP pun kena rehat selagi konvensyen KIK ni tak habis. Tu pun curi-curi gak update blog

    ReplyDelete
  7. Comelnya cik puteri.. =)
    Ambil gambar kanak-kanaklah paling best sekali.
    Cik Puteri anak sulung Arz Moha ke?
    Semoga menjadi anak yang solehah dan penyejuk mata buat emak dan ayah.

    Saya sejak duduk rumah pun selalu jugak dok kata, dah banyak buat kerja rumah, tak yah lah pi bersukan.. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farihin selalu amik gambar budak jugak kan?
      Tengok di blog banyak gambar budak-budak

      Delete
  8. ingatkan nak berehat la td..huhu.. comelnyee puteri... suke gambar yg last tu... ^_^

    ReplyDelete
  9. betul2.. senaman tu elok.. nasihat yg baik :)

    ReplyDelete
  10. yup..setuju! peluh sebab buat kerja rumah atau berjemur tengah panas itu adalah sangat berbeza dengan peluh yang dikeluarkan kerana bersukan..

    http://rahsiavitaminibu.com

    ReplyDelete
  11. Buat kerja rumah pun kira senaman arz. Janji boleh keluarkan peluh..hihiih

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana aci cenggini hahaha tak sama buat kerja rumah dan bersukan

      Delete
  12. yap sy setuju tu!!! tp bila nk buat niiiiiiiii.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena buat. curilah sikit masa sejam di waktu petang

      Delete
  13. Terima kasih Arz.
    Panjang nasihat yang diberikan.
    Memang betul tu..hehe, mudah sikit kerja saya Arz dah tolong advise readers.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu. sekadar berkongsi pengalaman dan ilmu yang didapati dari bacaan

      Delete
  14. sisi JM nasihatkan juga baik berehat buka nak menakutkan aRz..cuma nak maklumknan kawan ofis akak ni berlu di rehatkan sebulan oleh doktor kerana Tendon kak kiri pecah/koyak akibat dari main badminton. Beliau mm aktif bersukan..kejadian berlaku 2 hari lepas..so berehat lah ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. tendonitis memang bahaya. tapi rasanya arz cuma sakit otot. Tapi memang bagi yang selalu main boleh kena tendonitis

      Delete
  15. terima kasih sudi tag. tapi rasa tak tahu camna nak buat segmen tu

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum arz...cantik gambar tu modelnya pun pandai..:)

    ReplyDelete
  17. Wah wah wah comelnyerrr putri Arz ni ..geram tgk hehehe ..Semua gambar comel2 ..Tgk la siapa papa dia hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru nak cakap hahah ...(tahap riak dah ni)

      Delete
  18. sy suka tengok bola sepak. berkaitan dengan sukan jugak kan? hehe

    model tu comel sangat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.
      Bola sepak kurang saya tonton tapi saya minat main futsl haha

      Delete
  19. hahaha..setuju sangat..kena ambil masa untuk bersenam juga..tak bolehlah nak kata buat kerja rumah dah macam bersenam kan..;)

    ReplyDelete
  20. Jom bersenammm! Duduk rumah saja pun takleh jugak kan?

    ReplyDelete
  21. Kat rumah pon boleh bersukan gak sebenarnya tp kena la buat senaman khas untuk kardio cam naik turun tangga.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus jugak tu bro. tapi kalau keluar ke taman lebih tenang tengok pokok yang menghijau

      Delete
  22. tak jemu-jemu tengok pic cik puteri, semoga satu hari nanti ibu ana dipertemukan dengan budak kecil yang manis ni ,in shaa allah, amin.

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih