Berehat Seketika

Almira, Faqihah, kids, girl, anak perempuan, black and white, arzmoha, gambar cantik
| arzmohdhaniffa photography | Kids Potraiture

Salam
Pembaca blog yang setia. Semoga sihat selalu.

Baru rank alexa blog cuba menurun nak berehat pula? Tidak, bukan blog yang akan berehat. Tetapi tuan blog sendiri. Bukan berehat dari 'update' entri terbaru, tetapi berehat dari bersukan seketika.


Sebelum itu, ofis saya boleh dikatakan agak aktif dengan sukan. Memang cool, setiap hari ada saja yang bermain badminton dan futsal pula hanya pada hari-hari tertentu. Apa yang saya maksudkan berehat seketika adalah berehat dari bermain badminton. Pergelangan tangan terasa sakit dan semakin sakit bila mengangkat beban. Jadi kena disiplin untuk berehat seketika buat seminggu dua.

Walaubagaimanapun masih terikat dengan tournament futsal yang dianjurkan oleh rakan-rakan ofis untuk mengeratkan siratulrahim antara staf. Yang penting dapat keluarkan peluh.

Hari ini ramai yang tidak ambil peduli untuk aktiviti keluarkan peluh. Ada yang mengatakan "saya dah buat kerja rumah tak perlu bersukan" ada yang kata " saya kerja di site, memang dah berpeluh" Memang ada aktiviti keluar peluh tetapi tidak sama dengan mengadakan aktiviti bersukan. Dimana dapat keluarkan peluh, menambahkan stamina, dapat merehatkan minda, menghilangkan stress serta banyak lagi.

Ingat kesihatan kena dijaga, jangan sampai dah ada penyakit baru nak buat itu nak buat ini. Masa tu dah tak berguna lagi.

Pesanan ikhlas dari arzmoha
Jumpa Lagi

p/s: Gambar sekadar hiasan | Cik Puteri ketika 1 tahun 2 bulan |



almira, faqihah, kids, girl, my daughter, belum, arzmoha, gambar cantik
| arzmohdhaniffa photography | My Daughter



{ 46 comments.. read them below or add one }

Amy J Amy J 23 Sep 2014, 00:46:00
aloololo...tomei sangat budak kecik tu ^^,

oh, ingatkan nak berehat lagi. haha... saya kalau ada sukan kat mana-mana, saya orang first lari dulu. x mnat langsung sukan. badminton je saya terima -.-
Kasut Kusut Kasut Kusut 23 Sep 2014, 03:10:00
ANDA DI TAG

"Kalau mereka bijak bersaham di dunia, kenapa tidak kita bijak bersaham untuk akhirat" : Kongsi satu usrah di sini supaya ramai dapat tambah perkongsian, inshaa Allah tambah lagi saham untuk akhirat.

http://kasut-rantau.blogspot.com/2014/09/perjalanan-blog-bersama-nur-as.html

&

http://kasut-rantau.blogspot.com/2014/09/segmen-walking-with-usrah.html
Sentiasa Panas Sentiasa Panas 23 Sep 2014, 07:59:00
Tak payah berehat, kurangkan je..:)
Nor Ariffin Hamzah Nor Ariffin Hamzah 23 Sep 2014, 12:31:00
comelnya..CP pun kena rehat selagi konvensyen KIK ni tak habis. Tu pun curi-curi gak update blog
Faarihin Faarihin 23 Sep 2014, 13:10:00
Comelnya cik puteri.. =)
Ambil gambar kanak-kanaklah paling best sekali.
Cik Puteri anak sulung Arz Moha ke?
Semoga menjadi anak yang solehah dan penyejuk mata buat emak dan ayah.

Saya sejak duduk rumah pun selalu jugak dok kata, dah banyak buat kerja rumah, tak yah lah pi bersukan.. Hehe..
Anizz Annisa Anizz Annisa 23 Sep 2014, 15:14:00
ingatkan nak berehat la td..huhu.. comelnyee puteri... suke gambar yg last tu... ^_^
Anizz Annisa Anizz Annisa 23 Sep 2014, 15:16:00
betul2.. senaman tu elok.. nasihat yg baik :)
Fara Fadzil Fara Fadzil 23 Sep 2014, 17:37:00
yup..setuju! peluh sebab buat kerja rumah atau berjemur tengah panas itu adalah sangat berbeza dengan peluh yang dikeluarkan kerana bersukan..

http://rahsiavitaminibu.com
Ainim Suju Ainim Suju 23 Sep 2014, 23:20:00
Buat kerja rumah pun kira senaman arz. Janji boleh keluarkan peluh..hihiih
Khai♥Rin : anies Khai♥Rin : anies 24 Sep 2014, 11:31:00
yap sy setuju tu!!! tp bila nk buat niiiiiiiii.......
Nurashikin ZA a.k.a NAZECK Nurashikin ZA a.k.a NAZECK 25 Sep 2014, 03:02:00
Terima kasih Arz.
Panjang nasihat yang diberikan.
Memang betul tu..hehe, mudah sikit kerja saya Arz dah tolong advise readers.
Jari Manis Jari Manis 26 Sep 2014, 07:55:00
sisi JM nasihatkan juga baik berehat buka nak menakutkan aRz..cuma nak maklumknan kawan ofis akak ni berlu di rehatkan sebulan oleh doktor kerana Tendon kak kiri pecah/koyak akibat dari main badminton. Beliau mm aktif bersukan..kejadian berlaku 2 hari lepas..so berehat lah ye
aRz MoHa aRz MoHa 26 Sep 2014, 10:21:00
ok lah tu badminton pun dah boleh pecah peluh
aRz MoHa aRz MoHa 26 Sep 2014, 10:24:00
susah jugak nak buatkan budak-budak duduk diam dan senyum
aRz MoHa aRz MoHa 26 Sep 2014, 10:25:00
terima kasih sudi tag. tapi rasa tak tahu camna nak buat segmen tu
aRz MoHa aRz MoHa 26 Sep 2014, 10:27:00
waktu pagi seawal jam 7 pagi memang cantik.
aRz MoHa aRz MoHa 26 Sep 2014, 11:06:00
tendonitis memang bahaya. tapi rasanya arz cuma sakit otot. Tapi memang bagi yang selalu main boleh kena tendonitis
aRz MoHa aRz MoHa 26 Sep 2014, 11:07:00
huhu. sekadar berkongsi pengalaman dan ilmu yang didapati dari bacaan
aRz MoHa aRz MoHa 26 Sep 2014, 11:08:00
kena buat. curilah sikit masa sejam di waktu petang
aRz MoHa aRz MoHa 26 Sep 2014, 11:10:00
mana aci cenggini hahaha tak sama buat kerja rumah dan bersukan
aRz MoHa aRz MoHa 26 Sep 2014, 11:15:00
Farihin selalu amik gambar budak jugak kan?
Tengok di blog banyak gambar budak-budak
aRz MoHa aRz MoHa 26 Sep 2014, 11:16:00
sakit tak boleh main langsung. memang kena berehat betul
Mas Zull Mas Zull 26 Sep 2014, 11:45:00
assalamualaikum arz...cantik gambar tu modelnya pun pandai..:)
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz 27 Sep 2014, 12:26:00
Wah wah wah comelnyerrr putri Arz ni ..geram tgk hehehe ..Semua gambar comel2 ..Tgk la siapa papa dia hahahhaa
Hikayat Seorang Budak Hikayat Seorang Budak 27 Sep 2014, 23:12:00
sy suka tengok bola sepak. berkaitan dengan sukan jugak kan? hehe

model tu comel sangat :)
aRz MoHa aRz MoHa 29 Sep 2014, 08:52:00
baru nak cakap hahah ...(tahap riak dah ni)
aRz MoHa aRz MoHa 29 Sep 2014, 08:53:00
terima kasih.
Bola sepak kurang saya tonton tapi saya minat main futsl haha
IbuNoey IbuNoey 29 Sep 2014, 14:49:00
hahaha..setuju sangat..kena ambil masa untuk bersenam juga..tak bolehlah nak kata buat kerja rumah dah macam bersenam kan..;)
Scha Nazri Scha Nazri 2 Oct 2014, 14:24:00
Jom bersenammm! Duduk rumah saja pun takleh jugak kan?
Eshamz Halim Eshamz Halim 3 Oct 2014, 09:16:00
Kat rumah pon boleh bersukan gak sebenarnya tp kena la buat senaman khas untuk kardio cam naik turun tangga.. :D
aRz MoHa aRz MoHa 7 Oct 2014, 10:12:00
bagus jugak tu bro. tapi kalau keluar ke taman lebih tenang tengok pokok yang menghijau
anajingga anajingga 29 Jul 2015, 22:02:00
tak jemu-jemu tengok pic cik puteri, semoga satu hari nanti ibu ana dipertemukan dengan budak kecil yang manis ni ,in shaa allah, amin.

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih