Kad Raya Dari Blogger | Aidilfitri 1435H

Kad raya, Mialiana.com, Kad raya cantik, Selamat hari raya
Kad Raya dari Mialiana.com

Salam Aidilfitri. Hari Raya ke 13. Semoga Sihat semuanya.
Asyik sangat dengan lemang dan ketupat pulut serta rendang, entri entah kemana. Terima kasih jika ada yang menunggu entri terbaru. (perasan ja macam ada orang tunggu)
Masih lagi mood raya jadinya nak cerita mengenai raya sahaja. Almaklumlah minggu depan banyak rumah terbuka. :)

Cerita pasal raya saya terima Kad Raya dari blogger. Blogger yang hebat-hebat semuanya. Sebelum ni saya terima kad raya dari irrayyan.com boleh baca disini.

Seperti gambar diatas. Siapa tak kenal kad raya tersebutkan? Kad raya dari Kak Mia dari mialiana.com. Semua pasti kenalkan. Kak Mia buat segmen kad raya baca disini. Saya pun terpilih dan menerima kad raya tersebut. Terima Kasih Kak Mia.

Kad raya cantik, zukidin.com, Selamat hari raya 2014
Kad Raya dari Zukidin.com
Kad raya yang berikut dari Abe Kie pemilik blog www.zukidin.com. Seorang guru yang berasal dari kelantan. Blog yang banyak kisah teladan yang menarik. Singgahlah kalau tak percaya. Terima kasih Abe Kie. Insyaallah saya akan membalasnya.

Kad raya 2014, zukidin.com, kad raya cantik, Hari Raya 2014
Kad Raya dari Zukidin.com
Ucapan raya dari Abe Kie yang meminta supaya merapatkan siratulrahim di hari dan bulan yang baik. Raya tempoh hari tak sempat nak kunjung Abe Kie di Kelantan memandangkan saya pulang ke Terengganu.

Kad raya 2014, kad raya cantik, akifimtiyaz3, Hari raya aidilfitri 2014
Kad Raya dari Akifimtiyaz3.blogspot.com
Kad Raya yang berikutnya dari Kak Lya dari blog akifimtiyaz3.blogspot.com. Blog yang juga banyak kata-kata nasihat. Tak kenal siapa kak Lya? memang rugi sebabnya kak Lya sangat rajin blogwalking. Boleh dikatakan kebanyakan blog Kak Lya antara pengomen tegar.
kad raya 2014, kad raya cantik, akifimtiyaz3, hari raya aidilfitri
Kad Raya dari Akifimtiyaz3.blogspot.com
Isi kandungan Kad Raya dari Kak Lya.

Jari manis travel, kad raya 2014, kad raya cantik, hari raya 2014
Kad Raya dari Jarimanistravel.blogspot.com
kad raya cantik, kad raya 2014, arzmoha.com, jari manis travel, hari raya 2014
Kad Raya dari Jarimanistravel.blogspot.com
Berikutnya lagi. Kad Raya dari seorang yang suka travel dan suka komen. Akak Jari Manis. Nama jari manis pun dah tahu memang suka komen, dengan blog jarimanistravel.blogspot.com. Rugi juga kalau tak kenal akak JM. Kenapa? Pertama blog akak JM sarat dengan kisahnya yang suka travel/mengembara/bercuti, penuh dengan gambar dan terselit tips percutian dalam dan luar negara. Kedua akak JM akan jadi seorang pengomen tegar di blog anda.

kad raya 2014, hari raya aidilfitri, kad raya cantik, arzmoha.com
Kad Raya 
kad raya 2014, kad raya cantik, kad hari raya aidilfitri
Kad Raya
Aik. Kad Raya dari blogger mana pulak ni. Hmmm sebenarnya kad raya ini bukan dari blogger tapi dari anak kepada rakan sekerja saya. Kad raya ini dikirim 'by hand' semasa bermain badminton baru-baru ini.

Terima Kasih semua yang beri Kad Raya pada saya. Insyaallah saya akan membalas. Tunggu ya. :)

Apapun saya ucapkan sekali lagi

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.
SEMOGA BEROLEH KEBAIKAN SEPANJANG TAHUN.
#kosongkosong

Jumpa Lagi.


Comments

  1. Bestnya dapat kad raya. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestkan...dah bertahun tak dapat kad raya

      Delete
  2. Wowwww byknye dpt kad rsya thun mcm retis lak ramai peminat heeee
    Selamat hari raya aRz MoHa rsjin update tau akak nk jd salah sorang prngkomen regar nih :-)

    ReplyDelete
  3. Kad raya cik akak takde ye..hihi

    ReplyDelete
  4. wahhhh.. banyak dapat kad raya tu.... hihi especially kad yang serba pink tu... thanks.. siap buat entri ni lagi.... touching...

    ReplyDelete
  5. Wahh..banyaknya dapat kad raya dari blogger..bestla..boleh buat koleksi, kenangan sepanjang zaman, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok bila dapat kad raya. Dah lama rasanya tak dapat kad raya

      Delete
  6. wah banyak dapat kad raya..seronok kan dapat menghidupkan kembali zaman hantar2 kad raya nie.. boleh merapatkan ukhwah secara tak langsung kn.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu anizz. kena kekal hidupkan amalan ini

      Delete
  7. tak sangka budaya memberi kad raya masih kekal ke hari ini..harap dapat diteruskan lagi pada masa yang datang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amalan memberi kad ini boleh dikekalkan. selain merapatkan siratulrahim. Lain feeling wish melalui kad raya

      Delete
    2. feeling wish memang kuat berbanding hanya hantar sms atau emel

      Delete
  8. meriahnya raya kali ini dgn kad2 raya. biasanya kwn2 ucap selamat raya di whatsapp, wechat n sms aje..
    Psstt...abe kie sdg menunggu kad raya dari kwn baharu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul abe kie. bila dapat kad raya rasa lain. Wish di media soasial tak sama feeling.
      Insyaallah sampai kad raya tu hehe

      Delete
  9. fusyoooo! untunglah dapat kad raya banyak. hehehe. kad raya saya x dapat lagi ke? :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum terima. Ada hantar ka Amy J?
      Barang dari drypers pon saya belum terima sedangkan pihak drypers dah pos 5 ogos yang lalu?

      Delete
    2. ada. haritu kan saya ada mnx alamat abang arz. posmen x hantar lagi la tu T___T xpelah, tunggu je la. hmm..

      Delete
    3. A'a lupa dah. Banyak sangat makan ketupat pulut ni.
      Ok. Terima Kasih ya.

      Delete
    4. hahaha.. okay xpe2.. nanti kalau dah smpai, gtau ye ^^,

      Delete
  10. Btuahnya..

    Assalam... datang follow sni.. jemputla singgah ke blog asaimen abak..sbagai skongan..tq
    http://themodestustaz.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. Wah... untong aaaaa.... aku tahun ni tak dapat kad raya...kebanyakkan dpt sms, email ngan whatapps jer.... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok jugak tu bro eshamz. ada jugak orang ingat :)

      Delete
  12. Tak sempat nak bertukar alamat dengan Arz hari tu..tahun depan kita tukar kad raya ye..

    ReplyDelete
  13. wahhh byk jugak dpt kad raya ye arz

    ReplyDelete
  14. Wahh, banyaknya dapat kad raya..:) Ni yang jeles ni..heheh..

    Selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  15. selamat hari raya :) dah setengah bulan raya baru nak wish. hehe.
    tahniah dpt kad raya bnyk.

    ReplyDelete
  16. Wah wah wah siap review lg tuuu..tq arz..sakam syawal

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum,dan selamat hari raya..amboi sempoi blog tuan empunya blog ni..harap keadaan blog ;-) saja mai blogwalking ja dari blog MiaLiana ;-) lawa kad raya geng2 blogger kita noo broo pandai depa design

    ReplyDelete
  18. cantik bro..memng sentimental bila dpt kad raya ni :)

    ReplyDelete
  19. tahon ni uncle dapat sekeping je kad raya fizikal... huhuhu

    ReplyDelete
  20. Salam. Hee saya pun ada terima 3 keping saja kad raya tahun ini.

    ReplyDelete
  21. byk nye dpt kad raya . btw dtg follow sini :) http://isolabellaz.blogspot.com/

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum dan salam singgah ptg..wahh..banyaknyer kad raya..boleh buat kenangan2 ni..

    ReplyDelete
  23. wow.. dapat kad raya dari mialiana..
    kebetulan, saya singgah sini dari blog mialiana.. :)

    ReplyDelete
  24. banyak nya dapat kad raya
    cantik2 :)

    ReplyDelete
  25. Banyak dapat kad rayaa! hehe. Jeles2 :p

    ReplyDelete
  26. Bestnya! Inilah baru riang ria raya!
    Insya Allah, tahun depan akak hantar sekeping ye....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah tahun depan kita bertukar kad raya ya

      Delete
  27. Raya ttp lebih meriah bila adanya kehadiran kad raya kan.. alhamdulillah.. :)

    ReplyDelete
  28. banyaknya dapat kad raya... Bestnyaa...

    ReplyDelete
  29. salam. huishhh..banyak dapat kad :)

    ReplyDelete
  30. Waah..banyak betul kad raya.
    Ada gantung tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak gantung pun. Tapi simpan buat kenangan.

      Delete
  31. Wahhh arz.... meriahhh kad raya

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih