Filem Inspirasi dari Indonesia | aRzMoHa.com

Filem Laskar Pelangi dan Sang Pemimpi, Filem Inspirasi


Filem dan muzik dari Indonesia atau karya Indonesia diperkenalkan kepada saya oleh pemilik Firazzuri Technology. Seringkali didendangkan di corong speaker PC yang kadangkala kuat kadangkala malap. Sehingga semua band baru dialah yang 'update' terlebih dahulu. Sampai jadi satu kebencian pada saya. Belum dengar terus kondem. Sehingga keluar ayat "Bencilah dengan filem indonesia, muzik indonesia". Orang tua pesan jangan terlalu benci. Betul memakan diri. Jatuh minat dengan Band indonesia NIDJI masa tu popular dengan lagu "Hapus Aku".

KARYA ANDREA HIRATA

Siapa Andrea Hirata. Gambar diatas. Tanpa google asal usulnya saya kenal melalui Filem Laskar Pelangi dan Sang Pemimpi yang diadaptasi dari novelnya. Seorang penulis novel. Saya belum pernah baca kedua novel ini sampai habis. Tapi dari kedua filem ini saya pasti novelnya lebih hebat jika di fahami dengan baik. Berbalik pada kedua filem yang diadaptasikan dari novel Andrea Hirata, filem indonesia konfem bahasa yang digunakan bahasa indonesia. Tetapi mudah difahami. Ok, kembali pada dua filem ini. yang menceritakan tentang Ikal dan kawan-kawanya yang dari sekolah rendah ke sekolah menengah sehingga berjaya menyambung pelajaran sehingga keluar negara. Dalam keadaan serba kekurangan. Meraka ingin mengejar segala mimpi-mimpi (cita-cita) untuk sampai ke Paris (sambung belajar). Mungkin juga Ikal itu memaksudkan dirinya, Andrea Hirata.

Andrea Hirata, Laskar pelangi, Novel, Filem, Terbaik, arzmoha.com
Google image

LASKAR PELANGI vs SANG PEMIMPI

Andrea Hirata, Laskar Pelangi, Sang Pemimpi, arzmoha.com, Filem, Novel
Google image

Bagi saya kedua filem ini terbaik. Tetapi jika hendak dibandingkan keduanya saya pilih Sang Pemimpi. Mengharapkan ada pengarah Malaysia yang berbakat menghasilkan filem seperti ini. Filem ini ada makna disebalik penceritaan. Tak percaya? tontonlah. Mula-mula saya pun tak faham tetapi setelah dimainkan di Astro Citra, fokus dan mula jatuh cinta. Fuh jatuh cinta tu. Tak ada pun kisah-kisah cinta, Kisah curang suami isteri, tiada unsur gejala sosial, tiada, tiada, tiada yang negatif. Filem ini juga memberikan inspirasi buat saya untuk terus berusaha dalam semua bidang.

SIAPA PATUT TONTON?

Jika ditanya siapa yang patut tonton filem ini, filem tahun 2008 2009. Saya akan jawab mereka yang sukakan Seni, Pengarah filem, siapa yang ingin mengubah ke arah lebih baik, serta  pelajar sekolah menengah. Cerita ini jauh lebih baik dari drama bersiri yang ditayangkan ketika waktu maghrib. Jika terjumpa part cinta pun tidak akan membawa ke arah negatif.

AYAT YANG DIDAPATI DALAM FILEM ADAPTASI NOVEL ANDREA HIRATA

Belajarlah dimana Sains, Sastera dan Seni diolah untuk mengubah peradaban.

Dan ingat bukanlah seberapa besar mimpi kalian, tetapi seberapa besar kalian untuk Mimpi itu.

Bila mata dilihat oleh mata, maka dunia akan buta - Mahatma Gandhi

Kaum muda, yang diperlukan adalah orang orang seperti kamu yang tak diimpikan oleh sesiapapun -John F. Kennedy

Tidak semua yang dapat dihitung diperhitungkan, dan semua yang diperhitungkan dapat dihitung. -Albert Einstein

Jika kamu ingin mimpi yang tinggi-tinggi mimpilah, tapi kau harus yakin mimpi itu, dan temukan jalan terbaik buat meraihnya.

Jangan fikir mimpi itu mudah dengan mulus.

KESIMPULAN

Sukar bagi saya untuk simpulkan filem apa ini. Tapi pendapat peribadi saya, sekiranya ditonton oleh remaja sekolah menengah dengan betul-betul fokus. Saya pasti remaja itu akan memeluk erat guru-guru yang mendidik tanpa kira penat lelah. Jika ditonton oleh para guru, pasti guru tidak akan menghitung peluh penat mendidik anak murid/pelajar. Jika ditonton bagi mereka yang ingin menyambung pelajaran pasti memberi kekuatan semangat untuk berjaya dalam bidang masing-masing.  Benar kata guru besar di dalam Sang Pemimpi, "apakah kamu fikir mengejar mimpi-mimpi itu sesuatu yang mudah?
Ada baiknya menjadi tontonan umum buat pelajar sekolah dibawah bimbingan guru bahasa melayu. 
Salute buat pengarah, penulis novel dan yang terlibat. Superb. Awesome.
Tonton, Fahami dan Kongsikan untuk kebaikan

Comments

  1. Laskar pelangi tu mmg da pemes...sy suka jg cerita2 dr indon ni tp bkn semua la...maksud sy yg berkualiti shj...bkn sinetron ya pak ;-)

    ReplyDelete
  2. kalau tengok filem melalui youtube.habis kouta broadband saya!

    Entri terbaru saya dalam blog Hero Borneo

    ReplyDelete
  3. Macam bagus aje filem ni... nk tengoklah!

    ReplyDelete
  4. Insyaallah nnt ada masa akak nk tgk la arz..tq info

    ReplyDelete
  5. Salam bro, sebenarnya saya kurang gemar menonton filem indonesia atau pun filem melayu (cite ala ala david teoh yg bosan tak xde apa2 makna) ... tapi saya pernah menonton laskar pelangi ni dulu...half way dan tak focus... nanti saya cuba tonton balik cite ni.... btw perkongsian yang menarik bro..... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. filem david teo saya layan jugak. tapi banyaknya tengok bila dah main di tv.

      Delete
  6. Karya2 dari seberang emangnya punyai qualititas yg tinggi.. pemikiran ahli seninya menjangkaui pemikiran marhaen

    ReplyDelete
  7. Congrat to arzmoha atas kupasan yg juga punyai kualiti tersendiri dlm menyampaikan maksud atas karya2 hebat ini... well done

    ReplyDelete
  8. good review bro..manarik..dripada smua crita kat atas pnah tgok laskar plangi
    itupun x habis.. dowlode sparuh je rupanya bkan full movie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sang pemimpi lebih menarik. tapi laskar pelangi adalah permulaan cerita

      Delete
  9. Laskar Pelangi memang filem yang perlu ditonton dan perlu difahami. Terdapat banyak mesej tersirat.

    ReplyDelete
  10. terima kasih sudi tag saya.

    ReplyDelete
  11. klu cite nie boleh lah tengok...kalau sinetron Cik Nur tak suka tengok..hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti saya cerita bagaimana nak download video dari youtube. selain real player

      Delete
  12. Huahuahua.. bookmark dulu.. nak tengok :D Tak pernah tengok lagi filem indonesia :3

    ReplyDelete
  13. wahh ! banyakknya. xpernah tengokk pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok jangan tak tengok. lepas dah tengok dah faham baru tahu apa maksud tersirat

      Delete
  14. laskar pelangi best.. :) nanti nak try tengok yg lain2 la pulak..hihihi..

    ReplyDelete
  15. Laskar pelangi memang best...dh tuba msa msia berubah angin terbitkan filrm yg berunsurkan kejayaan atau yg berfaedah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu tidak boleh dinafikan. FIlem indon telah lama meninggalkan kita. kita walaupun sekarang ni sudah canggih dengan bermacam-macam efek tetapi kalah dari segi Karya Seni

      Delete
  16. uwaah, filem ni di Indonesia ramai sangat penontonnya :)

    thanks dah share, kak :)

    Salam from Indonesia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. filem yang memberi inspirasi dan menarik perhatian diawal filem

      Delete
  17. Banyak filem indonesia yang bagus-bagus, tapi tak masuk panggung Malaysia, harap pada saluran lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar. filem ini masuk malaysia pun agak lambat.

      Delete
  18. betul tuh kenapa selalu berpandangan negatif...

    ReplyDelete
  19. cuba layan film indon lain...the raide 2 berandal....merah putih,....darah garuda.....film perwira ksatria....best sekali tengok...menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas cadangan yang diberikan....

      saya akan cuba untuk mencari dan menontonnya

      Delete
  20. Sila tengok filem Surat Kecil untuk Tuhan dan filem Haji Backpacker. Best gileeeer.

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih