Elak Dari Dimakan Harimau | Tips


Harimau, tiger, Lost World, gambar cantik, arzmoha, visit malaysia 2014
| arzmohdhaniffa photography | Harimau di TLW of Tambun

Salam. Selamat Pagi. Ceria Selalu.
Sabtu lepas berjalan-jalan bawa anak ke The Lost World of Tambun. Umur baru setahun lebih. Suka main air. Ini adalah kali kedua sampai ke sini, pertama sebelum ada anak dan kali ini selepas ada anak. :)

Ok. Bukan nak cerita sangat mengenai TLW of Tambun. Cuma nak kongsi tips dari Jurulatih Harimau. Tips Elak dari dimakan harimau. Fuh. menakutkan dengar. Jurulatih mintak pendapat penonton yang ada.
ada yang jawab berenang, berlari, panjat pokok, pura-pura mati, dan berdiam diri.

Ini pula komen dia terhadap jawapan tadi.

Berenang : Harimau adalah seekor binatang yang boleh berenang.
Berlari : Harimau adalah antara binatang yang berlari dengan pantas.
Panjat pokok : Jawapan ada pada gambar di bawah. Tak perlu saya beri jawapan.
Pura-pura mati : Jawapan sangat baik. Ia memudahkan harimau hehe
Berdiam diri : Memudahkan juga harimau untuk makan :)

Jadi apa jawapan atau tipsnya?

katanya " 1. Jangan pergi ke tempat yang ada harimau"
"2. Berlari lebih pantas dari kawan kamu."

Just Kidding :)
#VisitMalaysia2014

tiger, harimau, tips, vmy2014, jom cuti, visit malaysia 2014, gambar cantik
| arzmohdhaniffa photography | Harimau berkebolehan memanjat pokok

Comments

  1. hehe..dok scroll juga nak tahu tipsnya..apapun harimau ni sebenarnya takut dengan manusia.cuma bila terdesak baru harimau menyerang manusia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CP saya pun tertunggu-tunggu jawapan masa di TLW of Tambun. Tapi saya harap tak bertembung langsung. Besar sangat harimau ni

      Delete
  2. Assalammualaikum... arzmohd,

    nice tips2... boleh amalkan, Tak mau gi tempat ada rimau... haummm...

    mselim3

    ReplyDelete
  3. tengok dari jauh pun dah seram..huhu.. besarnyee rimau.. gerun.. huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah dengan saya. Dari musampai habis terpikir kalau berhadapan dengan harimau ni apa la jadi kan?

      Delete
  4. terpegun melihat gambar yg menarik...smpai tak terbaca entry ni,dok pandang gambaq jer dr td...

    ReplyDelete
  5. Cikna xpernah smpi sini wlupun dkt je ngan kg.... Hurmm, agak bijak ye tips dr JL tu......;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal jugak kos nak masuk ke sini. Entrance nya, makanan didalam dengan harga yg agak mhal, sewa tube, lain-lain mainan yang di caj.

      Delete
  6. Huhuhu jangan cari HARIMAU ...
    kalau jumpa HARIMAU walaupon kita tak cari LARI JER LA takkan nak duduk kat situ ..
    Kadang2 walaupon kita duk diam jer dia tetap terkam kita huhuhu ..
    Sebelum apa2 baik kita atur langkah dulu ..
    Mintak jauh errr jumpa ngan HARIMAU ..tak nakkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak Lya. lebih baik jangan terserempak dengan dia.

      Delete
  7. haha..lawak betul la .. pandai jawapan dia

    ReplyDelete
  8. ahahahahahaha.... tapi sepatutnya kita takyah takut ngan harimau sebab kita kan ada harimau malaya...ekekekekeke.... klu harimau lagi kena larrrrrrriiiiiiiiikkkkkkkkkkkkkkkkkkk weiiii..... ekekekekeke... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. harimau malaya pon boleh lari dengan yang ini

      Delete
  9. Jokes for the day...ingatkan ada tips betul tadi..he..he

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. kalau tips betul agak-agak nak cuba tak?

      Delete
  10. kurang asam punya jurulatih. jawapannya, memang tak selamat ler.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha saya pun terkena tapi ada logik juga jawapan dia

      Delete
  11. Kat lostworld tambun ni, harimaunya aktif tak macam kat zoo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. harimau di zoo kebanyakan tidur di waktu siang

      Delete
  12. urmm.. apa la agaknya kena buat kalau bertembung dengan harimau.. huhu takut

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya Allah saja yang tahu perasaan tu kalau bertembung

      Delete
  13. ya-ya saya baca sampai habis nak tahu apa tips kalau nak elak kena makan harimau, tapi bernas jugak jawapan JL tu..ciss!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan marah ya. saya terkena live di tambun. tapi jawapan tu bernas hehe

      Delete
  14. Arghhhh mencik! Itu ke tips nya ahahaha

    ReplyDelete
  15. Haha...terkena saya. Ada nak tambah 1 tip - duduk dalam kandang biar harimau yang lepas
    keluar kandang. Harimau kat luar memang tak kebulur tapi yang duk dalam kandang tu la
    yang kebulur. Yang penting tak kena makan rimau :D :D

    ReplyDelete
  16. hahahahahaha

    nak sgt pegang harimau. sebab diorang comel mcm kucing. tapi xleh buat apa2... belum smpat nak peluk inchik harimau, dah kena ngap. huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih