Family Day Out (Family Potrait


Salam....Good Morning...Selamat Pagi....

Hari ini nak berkongsi gambar lama yang dah terperap di hardisk selain di upload di facebook. Gambar yang kita ambil hari ini akan jadi kenangan di masa depan. Keluarga amat penting bagi kita jadi jangan lepaskan peluang untuk bergambar kemudian terpulanglah samada simpan, print atau berkongsi di laman sosial. Walaupun sibuk jangan lupa untuk kongsikan masa untuk bersama keluarga. Anda pasti hilang segala tekanan kerja atau tekana dari sumber lain. Jom hari ini saya nak kongsi sikit sebanyak gambar yang ada semasa "family day" di Taman Rimba Pulau Pinang.

|arzmohdhaniffa photography| Kasut Alisya yang comel
Tahun ini juga negara mempergiatkan program "Visit Malaysia 2014", alang-alang program ini berjalan saya juga berharap entry ini dapat membantu sikit sebanyak program negara. Mungkin jugak dengan post ini dapat membantu "Visit Penang 2014". Mula rasa macam nak guna bahasa english....tapi biarlah bahasa ibunda dahulu..OK...apa yang saya nak kongsikan adalah sikit sebanyak "Hari Bersama Keluarga" yang berlangsung di Taman Rimba Pulau Pinang...
Untuk mengetahui kat mana sebenarnya Lokasi Taman Rimba Penang, click la kat link tadi. Seperti tajuk diatas entry ini hanya memaparkan family day's out, bukan apa yg ada di taman rimba ni. Untuk pengetahuan anda, taman rimba ni ada sungai yang telah di'upgrade' seperti kolam bertingkat-tingkat untuk menakung air supaya dapat menakung air ke paras yang lebih baik. Selain pada itu, Taman Rimba Penang ada muziumnya serta dorm untuk dijadikan tempat berehat atau berkursus. (tapi untuk masa sekarang tak pasti samada masih beroperasi atau tidak)

Sampai saja semua dengan hal masing-masing. Ada yang pam pelampung, ada yang makan, ada jugak yg posing dulu dan ada yang tukar baju mandi. Gambar yang akan saya kongsikan semua adalah anak sedara saya sendiri yang suka bergambar. Jom kita tengok.

|arzmohdhaniffa photography| Kaki-kaki yang comel

|arzmohdhaniffa photography| Afiq dan Azam

|arzmohdhaniffa photography| Alyaa

|arzmohdhaniffa photography| Alyaa


|arzmohdhaniffa photography| Mereka berdua lagi Azam & Afiq....Dua wajah dibelakang tu Sufi dan Mama Sufi
|arzmohdhaniffa photography| Nur Almira Faqihah 

|arzmohdhaniffa photography| Alisya dan pelampung....wajah kelihatan agak takut
|arzmohdhaniffa photography| Group potrait sebelum mandi
Air di Taman Rimba ini agak sejuk, walaubagaimanapun ini gambar tahun lepas. Tahun ni Penang agak panas dengan musim kemarau, berkemungkinan agak kekurangan air. Mungkin boleh rancang jadual anda untuk kesini selepas musim kemarau agar anda tidak kecewa. Gambar bermain air tak sempat nak rakam sebab saya sendiri pon tak sabar amain air, jadi gambar selepas mandi ja yang ada. Lepas mandi macam biasa makan dulu . 
|arzmohdhaniffa photography| Azam dan Afiq
|arzmohdhaniffa photography| Alyaa


|arzmohdhaniffa photography| Iskandar Sufi

Tidak juga lupa sekeping gambar kenangan dengan permandangan yang cantik dari pokok-pokok ala-ala luar negara.


|arzmohdhaniffa photography| Alisya

|arzmohdhaniffa photography| "Tungguuuu"

|arzmohdhaniffa photography| My Little Family
Anda pun pasti ada waktu yang digunakan untuk bersama keluarga kan? rakam dan kongsi bersama rakan-rakan. Jika rasa susah sgt nak rakam gambar yang cantik dan terasa kaku masa nak posing macam gambar di atas, click saja link ni  www.facebook.com/arzmohdhaniffaphotography dan cuma mesej "saya nak family potrait". Boleh bincang masa, tempat dan bayaran. Jom!!!!






Comments

  1. Replies
    1. nanti saya update di ruangan pakej. maaf atas kelewatan update ruangan tersebut

      Delete
  2. kalau dtg penang boleh la upah dia jd fotograhper ^_^

    ReplyDelete
  3. Gambar aril masa ni mcm budak2 lagi. Hihi
    Gambar latest mcm pegawai

    ReplyDelete
  4. Bila tengok gambar-gambar ni balik. Teringat ada seorang blogger bertanya asyik gambar kaki ja hahaha. Saya sendiri tak dapat nak explain kenapa saya suka sangat ambil gambar kaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe lah kan. En arz ni pemalu orgnya. Hahhaa
      Kaki digunakan untuk berjalan. Jalan ke arah positive.
      Jalan menuju kejayaan. Ke mana destinasi, tukang ambik gambaq jela tau..
      #irabebelbebel

      Delete
    2. hahaha. malu malu jugak tetapi sebenarnya tak ada orang yang nak tolong ambilkan gambar.

      Delete
  5. La ni ada monopod.. Senang dh nak amik gambar keluarga..hahha
    Tripod mesti ada kot?? Mesti xguna ni..hihi

    ReplyDelete
  6. Semua gambar kanak tu cute sgt dan yg paling cantik gambar my litle family :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih